Posts

Menjadi Ketua

KETUA, LEADER, MANDOR, KEPALA, PENGAWAS, KORDINATOR...makna yang sama disektor pekerjaan berbeza, namun tanggungjawab tetap sama iaitu menjadi ketua bagi memantau sesuatu kumpulan atau komuniti untuk menjalankan sesuatu kerja dengan lancar. Bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi ketua, ada yang dilahirkan hanya menjadi pengikut sahaja (maca'i)...Tetapi menjadi ketua tidak semudah yang disangka. ramai yang bercita-cita menjadi ketua tetapi tiada kekuatan atas tanggungjawab tersebut, sudahnya kerja tak terurus, anak buah tak dikontrol dengan baik, dan paling teruk kerja yang diberi tak jalan langsung. Bagi aku, aku memang dilahirkan menjadi ketua sejak aku kecil hingga dewasa, tetapi aku tak pernah hargai kerana aku tak suka tanggung jawab yang diberikan (mayb sebab tu aku masih bujang) hehehhehhe. Bagi aku yang paling penting sanggupkah kita menanggung amanah yang diberikan dan bukannya populariti menjadi ketua. Melalui pengalaman aku sendiri, aku telah banyak kali letak jawatan...

Minyak Naik Lagi...PM Senyum Macam Kera Separa Babi

Buat kali pertama aku tulis cerita sensitif lagi sensasi.MINYAKKK...nama diberi.kalau pikir balik memang la semua ni salah Bush yang start menyerang negara2 arab dan sejak itu harga minyak bermula seawal 2003 tidak stabil dipasaran sehingga menyebabkan inflasi yang tinggi diseluruh dunia.Hasil perang juga...harga minyak melambung tidak seiring dengan harga emas tulin dunia.ini amat memeranjatkan dan boleh buat harga minyak tak boleh kontrol oleh sesiapa kecuali permintaan terhadap minyak menurun, tapi itu agak mustahil dalam jangka masa pendek ini (mengambil konsep "difisit komoditi global" dalam ekonomi). Apa yang aku nak membebel kat sini ialah kebodohon pemimpin malaysia yang terlau ikut "buku teks ekonomi tingatan 4&5 keluaran 80-an" apabila membuat sesuatu keputusan yang boleh dikata GILA dan BANGGANG dalam mendifinasikan ekonomi dan kekayaan negara.Oleh kerana aku ahli ekonomi tak bertauliah (sebab terlalu gemar baca buku ekonomi), aku terperasan konsep re...

KAWAN!!!!!!

Kawan, member, rakan, click, mate, mek(ini nama org gaji kot..hehhehe) dan macam-macam lagi perkataan yang bermaknakan hubungan dan persahabatan. bolehkah korang kira berapa jumlah kawan-kawan korang yang ada jika dikira dari zaman tadika, sek. rendah, sek. menenegah, universiti/kolej, tempat kerja, dan macam-macam lagi. Dan boleh tak korang kira berapa kerat kawan-kawan korang yang masih korang berhubung sehingga sekarang? Kawan, ada bermacam kawan, ada jenis datang dan pergi, ada jenis teman minum lepak sampai ke subuh pagi, ader yang time sengkek baru nak berkawan pinjam duit, ada yang just nak ambil kesempatan kerana kepentingan, ada yang betul-betul ikhlas berkawan, ada kawan makan kawan dan pelbagai lagi. Pendek kata kawan kita banyak tetapi tak banyak yang boleh berada disamping kita dikala susah. " Bestfriends "....Bagi aku, sejak dahulu sampai sekarang masih lagi aku takder bestfriend . Bukan sebab takder yang sekepala tapi malas aja nak beriya-iya berkawan sakan. ...

Hantu "busby babes" bantu Manchester United di Moscow?

Pantang maut sebelum ajal, berjuang hingga titisan darah terakhir,langkah mayat aku dahulu dan banyak lagi adalah contoh bait-bait kata hikmah yang selalu org melayu gunapakai dalam macam2 hal kehidupan sebagai pendorong seperti masa time belajar, exam,pertandingan bersukan, pergi berperang,ditimpa penyakit dan etc....contoh terbaru yg jelas dapat lihat ialah semasa M.U kalahkan chelsea dlm liga juara2 eropah 2008. ini kali kedua M.U mng dgn bantuan nasib sama seperti 1999.adakah ini hasil bantuan hantu-hantu tragedi plan crash busby babe (anak buah sir matt busby) ataupun diorang mengaplikasikan pepatah-pepatah melayu ini? Mmg sekali tengok game tu mmg M.U hancur dibabak kedua ditambah pulak pak ronaldo yang gagal dalam sepakan penalti menambah kuatkan lagi pasukan satanic red ini akan kalah...tetapi oleh kerana mereka telah belajar pepatah melayu berjuang hingga titisan terakhir , maka kemenangan yang mustahil telah menjelma secara sekonyong-konyongnya...Pelik tapi Benar bukan sek...

Akhirnya...inilah Weblog Rasmi aku

Salam takzim, sejahtera, Ahlan Wasahlan dan selamat datang ke Weblog rasmi aku yang pertama kali dalam sejarah aku bina atas dasar permintaan secara spontanious aku sendiri. Weblog yang berkonsepkan main gitar di jambatan ini mempunyai Prolognya yang tersendiri dan istimewanya merangkumi kisah sosiologi kemasyarakatan serta kisah semak otak yang aku lalui seharian. Blog ini terbuka kepada sesiapa untuk dibaca, diterjemah dan memberikan pandangan samada secara lansung dan tidak langsung.Meminjam kata kekanda aku dalam blognya, "Maka dengan ini, "saya" merasmikan blog ini dengan "Bismillahirrahmanirrahim"...tadaaa *potong reben kaler merah* ~KURIKENDI.dot.com~ Selamat berkhayal dan menulis..Hehehehehhehe.;-)